Ringgit Akhiri 2024 Catat Prestasi Terbaik Dalam Kalangan Mata Wang Utama Asia

5b1fbf3b02bba87e6a906dc05667c08d6773dda27bc88

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 31 Dis(Iteenews) — Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Pada masa laporan ini ditulis, won Korea Selatan (KRW) merekodkan penurunanpaling tinggi berbanding dolar AS, turunmendadak sebanyak 12.42 peratus, diikuti yen Jepun (JPY), yang merosot dengan ketara sebanyak 10.02 peratusdan dolar Taiwan (TWD) yang jatuh sebanyak 6.75 peratus.

Rupiah Indonesia (IDR) susut sebanyak 4.54 peratus, peso Filipina (PHP) turun4.47 peratus dan yuan luar pesisir China(CNH) berkurangan sebanyak 3.26 peratus.

Dolar Singapura(SGD) turut menyusut sebanyak3.09 peratus, diikutiyuan China(CNY) pada2.73 peratus dan rupee India(INR) pada2.81 peratus.

Baht Thailand (THB) mengalami penurunan kecil sebanyak 0.15 peratus, manakala dolar Hong Kong (HKD) merupakansatu-satunya mata wang yang mencatatkan sedikit peningkatan, meningkat sebanyak 0.58 peratus.

Menjelang akhir tahun, ringgit meningkat lebih 2.73peratus kepada RM4.47 berbanding dolar AS, satu pencapaian yang mengagumkan berbanding penurunanatau prestasi tidak berubahmata wang Asia lain.

Walaupun unittempatan itu berdepan situasiturun dan naik sertacabaran berbanding dolar AS sepanjang2024, namunia telah mempamerkan daya tahannya, melantun semula ke paras tertinggi RM4.12 padaSeptember daripada paras terendah RM4.80 pada Februari.

Pada Disember ringgitstabil pada RM4.48 berbanding dolar AS, peningkatan ketara daripada paras RM4.60 yang dicatatkan pada bulan terakhir 2023.