Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Hingga Tengah Hari Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Iteenews) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Perak, Perak serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Hulu Terengganu, Terengganu serta dua daerah di Sabah iaituTawau dan Semporna.

— BERNAMA