RHB Investment Bank Kekal Unjuran KDNK 2025 Pada 5.0 Peratus Selepas Kemenangan Trump

c05cdad786c61e664e5dd00d5072d02d5ee1b6dd4b014

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Iteenews) –RHB Investment Bank Bhdtelah mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2025 Malaysia pada 5.0 peratus, berdasarkan andaian global yang menjurus kepada keadaan “Goldilocks”berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Firma penyelidikan itu melalui satu nota hari ini berkata langkah Trump ke dalam Rumah Putih mungkin terus menyokong pertumbuhan yang berpusatkan AS di tengah-tengah potensi ketegangan geopolitik yang semakin meruncing ke 2025.

“Sebaliknya, kami kekal berwaspada mengenai ketidakstabilanjangka pendek, walaupun berpendapat daya tahan pertumbuhan global akan berterusan sehingga 2025,” katanya.

“Kami kekal positif tentang pertumbuhan Malaysia menjelang 2025; kami melihat sedikit kesan negatif langsung terhadap prognosis perdagangan Malaysia, dengan kesan tarif adalah terhad, sekali gus diterjemahkan kepada pengurangan risiko inflasi,” katanya.

Secara berasingan, RHB Investment Bank berkata inflasi Malaysia berkemungkinan berpurata 2.7 peratus pada 2025; trajektori harga mungkin akan mempengaruhi dasar domestiktermasuk rasionalisasi RON95 dan gaji minimum yang lebih tinggi, manakala imbuhan perkhidmatan awam yang lebih baik mungkin memberi kesan kepada tekanan harga tarikan-permintaan yang lebih kuat.

“Kami melihat beberapa kemungkinan kesan utama terhadap ekonomi Malaysia berdasarkan unjuran kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS,” tambahnya.

Mengenai gangguan perdagangan dan peralihan dalam rantaian bekalan, firma penyelidikan itu menjangkakan kesan langsung daripada dasar perlindungan Trump adalah minimum kepada sektor berorientasikan eksport Malaysia. Bagaimanapun, limpahan impak melalui China boleh menjadi besar.

“Sebagai pembekal utama dalam rantaian bekalan berpusatkan China, Malaysia mungkin mengalami kesan negatif yang lebih besar daripada saluran tidak langsung memandangkan barangan China berkemungkinan menghadapi tarif AS.

“Akan ada kesan ke atas eksport Malaysia, terutamanya yang membabitkan komponen sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang disepadukan ke dalam proses pembuatan China, ini menyumbang secara ketara kepada eksport Malaysia,” katanya lagi.