Rancang Awal Pembelian Dan Pengeposan, Fokus Ibadah Menjelang Hari Wukuf

Daripada Nurliyana Farhah Ruslan

MAKKAH, 28 Mei (Iteenews) — Jemaah haji disaranuntuk merancang pembelian dan mengepos barangan lebih awal semasa berada di Tanah Sucibagi memastikan kelancaran urusan ibadah, khususnya menjelang Hari Wukufselain untuk keselesaan jemaah semasaperjalanan pulang ke tanah air.

Pengurus Perkhidmatan Luar Lembaga Tabung Haji (TH)Mohamad Zamry Mohd Noor berkata seperti musimhaji sebelum ini,kebanyakan jemaah cenderung membeli buah tangan dan cenderahati pada saatakhirsedangkan tempoh ituseharusnya ditumpukan sepenuhnya kepada ibadah terutama semasa Masyair.

"Jemaah haji digalakuntuk terus menghantar barangan dibeli ke kaunter pengeposan disediakan di lobi bangunan penginapantanpa perlu membawa naik ke bilik. Langkah ini dapat mengelak kesesakan ruang bilik yang boleh menjejaskan keselesaan selain tidak akan terlalu penat ketika pulang ke tanah air.

“Bayangkan jika jemaah bawa lebih 10 kilogram (kg) seperti mengangkat kampit beras. Perjalanan dari tempatpenginapan ke lapangan terbang, termasuk menaiki tangga dan menyusun bagasi ke kabin pesawat, sangat membebankan. Akhirnya, jemaah keletihan ketika tiba di tanah air,” katanya ketika ditemui mediadi sinibaru-baru ini.

Beliau berkatasetakat 18 Mei, lebih 85,000 kgbarangan jemaah telah dipos ke tanah airsejak 29 April, dengan anggaran kos mencecah 1.5 juta Riyal Saudi.

Ad Banner

Selain itu, Mohamad Zamry berkata jemaah juga boleh menghantar naskhah al-Quran melalui perkhidmatan pos dengan setiap naskhah dibungkus dan dilekatkan pelekat khas, serta dikendalikan secara berasingan bagi memastikan ia selamat dan terpelihara.

"Mengikut perjanjian antara Tabung Haji dan syarikat penghantaran barangan, setiap bungkusan dilindungi jaminan takaful serta dijamin sampai ke Malaysia. Sekiranya berlaku kehilangan, syarikat penghantaranbertanggungjawab membayar ganti rugi kepada jemaah haji.

"Bagi barangan bernilai melebihi RM1,000, jemaah juga boleh memilih untuk mengambil perlindungan insurans tambahan dengan membuat bayaran kepada syarikat penghantaran berkenaan," katanya.