Rahayu Cekal Lawan Penyakit Demi Jaga Suami Terlantar, Anak Derita Kanser

Pasangan suami isteri Mazlan Latif, 59, (kanan) yang terlantar akibat angin ahmar dan lumpuh separuh badan serta Rahayu Daud, 49, (kiri) menderita penyakit buah pinggang tahap lima di Kampung Batu Jong hari ini.Mereka ditemui pemberita sewaktu menerima sumbangan daripada Yayasan Bank Rakyat yang disampaikan Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Syaiful Rizal Abdul Ghani.– fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA KRAI, 12 Mei (Iteenews) — Hati wanitamana yang tidak luluh tatkala dua insan disayangi yang sentiasa menjaganya siang dan malam satu demi satu turut diuji menanggung derita melawan penyakit yang dihadapi.

Rahayu Daud, 51, yang menghidap penyakit buah pinggang kronik hampir empat tahun lalu berkata dia sebelum ini sentiasa ditemani suami, Mazlan Latif, 61, dan anak tunggal mereka,Muhamad Adam Aizad Mazlan, 16, ketika menjalani rawatandi Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini.

Bagaimanapun, dia berkata pada Ogos 2022,suaminya rebah akibat serangan strok ketika membayar bilrawatan dialisis buah pinggang di HSIPdan hingga kini terlantar di rumah sertamemerlukan penjagaan rapi.

"Selepas suami sakit, anak pula menggalas tanggungjawab menjaga saya dan ayahnya dengan mengurus keperluan di rumah dan sebagainya.

"Tetapi pada Junlepas, anak saya pula disahkan menghidapkanser tulang (osteosarcoma) dan masih mendapatkan rawatan lanjutdi Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu," katanya ketika ditemui Iteenews.

Rahayu berkata dunianya terasagelap ketika mendapat tahu tentang penyakit anaknyadanmengenang nasib yang menimpa keluarganya, ujian demi ujian diberikan Allah, namun dia perlu reda dan kuat mengharungi perjalanan hidup.

"Air mata saya dah kering untuk meratapi kesedihan…kekuatan saya adalah suami dan anak. Walaupunsakitsaya perlu kuat untuk menjaga mereka dan tidak mahu sakit saya ini menjadi penghalang.

"Kalau dulu selepas buat rawatan dialisis tiga kali seminggu badan saya akan berasa letih dan terpaksa berehattapi sekarangsaya kena kuat lawan untuk jaga suami dan anak," katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Wanita itu berkata apabila anaknya masuk ke hospital untuk menerima rawatan, dia yang akan menjaganya di hospitalmanakala suamiakan dijaga oleh anak saudara.