Qube Umum Persidangan Farmaseutikal Dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara 2025 Pada April

40c2d7f6192d63df77bc8d7b9ea1eecd67dd1c5e3c1c1Kredit: Qube Integrated Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Iteenews) –Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penganjur SEACare 2025mengumumkan penganjuran Persidangan Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan Asia Tenggara2025 yang julung kali diadakan dari 23 hingga 25 April ini.

Program tersebut akan berlangsung di Pusat Pameran dan PerdaganganAntarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Five Pillar Venture Capital Sdn. Bhd, persidangan berkenaan akan berlangsung serentak dengan pameran SEACare 2025.

"Ini akan menandakan satu lagi pencapaian penting bagi SEACareyang diperolehQube pada2024," kata Qube dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, delegasi yang hadir bagi ketiga-tiga hari persidanganlayakmendapatkan 20 mata Pembangunan ProfesionalismeBerterusan (PPB) masing-masing dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

"Seiring Malaysia memajukan agenda kesihatannya dengan memberi tumpuankepada integrasi digital, pembiayaan mampandan pembaharuan dasar, persidangan ini disasarkan untuk memacu perbincangan yang berkesan selain menjalin kerjasama strategik.

"Dengan Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO) melaksanakan inisiatif utama dalam Kertas Putih Kesihatan dan inovasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang mengubah cara penjagaan pesakit, persidangan berkenaanturutmenumpukan perhatian kepada persimpangan antara teknologi, dasar dan pelaburan dalam membina sistem kesihatan yang siap sedia untuk masa depan," katanya.

Kenyataan itu juga berkata persidangan tersebutdibimbingoleh sebuah jawatan kuasa pengarah yang dihormati danterdiri daripada tokoh-tokoh penting dalam sektor kesihatantermasuk Presiden NCSM dan Pengerusi Bersama Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Datuk Dr Saunthari Somasundaram serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan (MOH) Dr Muralitharan Paramasua.

Turut serta dalam jawatan kuasa ini merupakanTimbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit NCD MOHDr Noraryana Hassan, Profesor Kesihatan Awam dan Dasar dariPusat Pengajian Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, Universiti Monash MalaysiaProf Eli Renganathan dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Frost & Sullivan Malaysia, Zainul Alam Abdul Kadir.