Puspakom Guna Pengalaman Tiga Dekad Kekal Relevan, Sedia Bersaing

e7eae83609cd41e7d5cf4722235dd5be67a61d2a8c496Mahmood Razak Bahman

SHAH ALAM, 24 Mac (Iteenews) — Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sedia berkongsi kepakaran dan bersaing dengan tiga syarikat lantikan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) menjelang 2027.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahmood Razak Bahman berkata pengalaman selama 30 tahun menjadipenanda aras pemeriksaan kenderaan dan keselamatan jalan raya di Malaysia akan membuatkan Puspakomkekal relevan dalam pasaran.

"Kini kami (Puspakom) berada dalam fasa baharu dan sudah tiba masanya untuk menggandakan usaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan, inovasi dan integriti bagi memastikan setiap kenderaan di jalan raya selamat.

"Pengalaman mengendalikan sekitar1.4 juta kenderaan setiap tahun membuktikan Puspakommempunyai kaedah sistematik dan dipercayai kebanyakan pihak," katanya kepada pemberita selepas Iftar Ramadan Puspakomdi sini hari ini.

Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis itu turut meraikan 20 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Cheras selain pelancaran tayangan montaj video eksklusif dan episod akhir siri web bertajuk "Inspection Hati Aidil".

Mahmood berkata Puspakombersedia untuk berkongsi kepakaran dan menjalinkan kerjasama dengan tiga syarikat baharu dalam industri pemeriksaan kenderaan bagi memastikan keselamatan jalan raya kekal menjadi keutamaan.

Beliau berkata Puspakommenyambut baik kehadiran pemain baharu bagimeningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna.

“Saya mengalu-alukan persaingan kerana ia akan mendorong semua syarikat untuk bekerja dengan lebih baik demi kesejahteraanrakyat dan bagi Puspakom sendiri,tahap kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan kami masih tinggi,” katanya.

— BERNAMA