Pulau Pinang Perkenal Subsidi Sehingga RM2 Juta Untuk Syarikat Pereka Litar Bersepadu – Chow

2984a0c80f05b957cefeb7904450a02366f80428bd64e Kredit: Chow Kon Yeow 34c64ab0bf6a7a9fc17383d0edd11d3966f804397555e Kredit: Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 28 Sept(Iteenews) — Kerajaan Pulau Pinang hari inimengumumkanskim pakej insentif yang menawarkan subsidi sehingga RM2 juta setiap tahun dalam tempoh tiga tahun bagimenarik dan menyokong lebih ramai peserta litar bersepadu (IC) menubuhkan dan mengembangkan operasi mereka di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata insentif itu akan disediakan kepada syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan firma asing yang terlibat dalam industri mencipta litar bersepadu.

Insentif berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatifkerajaan negeri yang dinamakanPenang Silicon Design @5km+.

“Melalui insentif ini, kami menyasarkan untuk terus menarik dan menyokong industri litar bersepaduyang akan menyumbang kepada inisiatif transformatif ini.

“Selain itu, dengan sokongan lanjut daripada kerajaan persekutuan, yang sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dari segi pembiayaan, negeri ini akan dapat menambah baik pakej insentif yang kami tawarkan,” katanya pada majlis pra pelancaran inisiatif itudi GBS TechSpace, dekat sini hari ini.

Chow berkata pelancaraninisiatif itu adalah demi mewujudkan ekosistem yang saling berkaitan untuk penciptaanlitar bersepadu dan perusahaan teknologi, dalamtaman perindustrian sedia ada di Bayan Lepas.

Projek berkenaan melibatkan kos berjumlah RM120 juta meliputi pembangunan infrastruktur, pembangunan bakat dan tenaga kerja, perolehan perisian dan peralatan sertaperbelanjaan operasi.

Inisiatif Penang Silicon Design @5km+ itu terdiri daripada tiga projek utama utama, iaitu Penang IC Design & Digital Park @Bayan Lepas, Penang Chip Design Academy @PSDC, dan GBS TechSpace, kemudahan terkini seluas 36,000 kaki persegi yang menempatkan Ruang Penyelidikan dan Inkubasi Silikon.

Sementara itu, Chow mengumumkan pembentukan Majlis Eksekutif bagi projek itu, yang dipengerusikan oleh beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *