Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM411.8 Juta Dari China

7c2bf06925a390237f28d77ece6b05c066f2cc745bbab Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyampaikan ucapan pada Majlis Ulang Tahun Ke-75 Penubuhan Republik Rakyat China di sebuah hotel hari ini.

GEORGE TOWN, 24 Sept(Iteenews) — Pulau Pinang mencatatpelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pada masa ini sebanyak53 syarikat China beroperasi di Pulau Pinang iaitu masing-masing 46 terlibat dalam bidang pembuatan, lima dalam perkhidmatan perniagaan global manakala dua lagi dalam segmen logistik.

“Hubungan lama kita dengan China terus kukuh, terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Dalam tempoh 10 tahun (2014-2023), Pulau Pinang mencatat sejumlah RM13.2 bilion (6.8 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan membabitkan pelaburan pembuatan dari China dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 50.5 peratus,” katanya pada majlis meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China di sini, malam ini.

Chow berkata Pulau Pinang akan terus mengalu-alukan pelaburan strategik dari China dalam sektor yang digalakkan, khususnya yang dapat menjanakesan pengganda dari segi kaitan ekosistem, nilai tambah tinggi, pendedahan rantaian nilai global sertapeluang penyetempatan rantaian bekalan.

Menyentuh bidang pelancongan, beliau berkata dalam tempoh lapan bulan pertama 2024, Pulau Pinang menerima masing-masing 74,891 dan 8,391 pelawat China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Terminal Kapal Pesiaran Swettenham Pier (SPCT).

"Ini merupakan peningkatan ketara berbanding tempoh masa sama pada tahun lepas iaitu masing-masing21,529 (PIA) dan 5,819 (SPCT). Sehubungan itu,faktor-faktor ini terus menjadi asas kepada kerjasama kukuh kita," katanya.

Sementara ituKonsul Jeneral China di Pulau PinangZhou Youbin berkata Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Peraktelah menyaksikan kemajuan berterusan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala di rantau ini dengan aliran perusahaan China terus hadir melakukan tinjauanpelaburan ke negeri-negeriitu.

Pada masa sama, katanya, perusahaan China yang sudah beroperasi di daerah konsular itu juga memutuskan untuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan perniagaan bagi menyokong kemajuan ekonomi tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *