Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wong Hon Wai (kiri), Pengarah Urusan Xpedition Travel Sdn Bhd, Chanet Ham (kanan) dan Oceania Cruise Director of Sales, Asia Constance Seck (tengah) melakukan simbolik pelancaran Oceania Cruise.
GEORGE TOWN, 11 Ogos(Iteenews) — Kapal persiaranOceania Cruises yang terkenal kerana menawarkan pelayaranmewah ke beberapa destinasi pelancongan terkemuka dunia dijadualbelayarmerentasi Asia termasuk Pulau Pinang pada 2025.
Pengerusi JawatakuasaPelancongan dan Ekonomi Kreatif negeriWong Hon Wai berkata Pulau Pinang berbangga apabila disenaraikansebagai satu daripada pelabuhan persinggahan Oceania Cruise dalampelayarannya merentasi Asia tahun depan.
Beliau berkata pemilihan tersebut merupakan peristiwapenting bagisektor pelancongan Pulau Pinangsekali gusmembantu negeri itu lebih dikenali di peringkat dunia.
“Pelayaran kapal persiaran ini akan membawa lebih 1,250 penumpang ke pelbagai destinasi ikonik termasuk Singapura, Hong Kong, Tokyo, Shanghai dan sudah pastinyaPulau Pinang.
“Terletak strategik di Asia Tenggara, Pulau Pinang telah sekian lama menjadidestinasi utama bagi kapal persiaran dan apabila dipilih oleh Oceania Cruises ia membuktikan tarikan unik pulau inidan pengalaman luar biasa yang kita tawarkan,” katanya pada sidang media mengalu-alukan Oceania Cruises oleh Xpedition Travel di sini hari ini.
Wong berkata Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier(SPCT) memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan pelancongan bagi segmen kapal peranginan di negeri itu.
Beliau berkata pada2023 sahaja, SPCT telah menerima sejumlah573,178 penumpang transit antarabangsa dan 175,532 penumpang tempatan.
“Jumlah yang memberangsangkan inimencerminkan kapasititerminal tersebutmengendalikan penumpang dalam jumlah besar dengan efisiensekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab maritim utama di rantau ini.
“Penambahbaikan kemudahan terminal baru-baru initermasuk melebarkan dermaga dan meningkatkan kemudahan penumpang jugameletakkan SPCT sebagai satu daripada terminal kapal peranginan utama,” katanya.