Public Mutual Umum Agihan Lebih RM34 Juta Untuk Empat Dana

65303b20495976a58af96b4e294472265fed9aebe9929

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Iteenews) — Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM34 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengurus unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar tahunan 4.75sen seunit bagiPublic Enhanced Bond Fund dan 4.25 sen seunit untukPublic e-Sukuk Fund

Ia juga mengumumkan pengagihan kasar sebanyak 0.7 sen seunit bagiPB Dividend Builder Equity Fund dan 0.1 sen untukPublic Islamic Optimal Growth Fund.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS.

— BERNAMA