Public Mutual Isytihar Agihan Lebih RM99 Juta Untuk Sembilan Dana

65303b20495976a58af96b4e294472265fed9aebe9929

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Iteenews) –Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bankmengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM99 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Pengurus unit amanah itu dalam satu kenyataan hari inimengumumkan, pengagihan kasar tahunan sebanyak 5.5 sen seunit adalah untuk Public Islamic Enhanced Bond Fund dan 5.0 sen seunit untuk PB Aiman ​​Sukuk Fund.

Ia juga mengisytiharkan pengagihan kasar tahunan sebanyak 4.75 sen seunit bagiPublic Islamic Strategic Bond FunddanPublic Strategic Bond Fund.

Sementara itu, pengagihan kasar sebanyak1.25 sen seunit untuk PB Mixed Asset Conservative Fund, 0.9 sen seunit untukPublic Institutional Bond Fund, 0.8 sen seunit untukPublic Savings Funddan 0.2 sen seunit untukPublic Islamic Growth and Income Fund.

BagiPublic Islamic Savings Fundyang membayar pengagihan setiap setengah tahun, pengagihan kasarnya adalah 0.15 sen seunit.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysiadengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan denganmenguruskan sembilan dana PRS.

— BERNAMA