Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

2f49d97b114319770e17ece216ee45b66707e8d01ac13Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Tan Sri Tay Ah Lek

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Iteenews) — Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

Berikutan cadangan pengambilalihan itu, Public Bank diwajibkan memberi tawaran pengambilalihan mandatori (MGO) bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh bank itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tay Ah Lek berkata pengambilalihan itu akan melengkapkan perkhidmatan kewangan semasa bank itu, menyediakan tawaran perkhidmatan yang lebih komprehensif.

“Cadangan pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan kumpulan untuk berkembang bukan hanya secara organik, malah melalui pengambilalihan strategik untuk memperluas tawaran produk dan perkhidmatan kami.

"Ini akan membolehkan kumpulan mengembangkan lagi perkhidmatan di Vietnam dan akhirnya ke negara Indochina," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Public Bank selaku kumpulan perbankan ketiga terbesar negara mengikut aset, mempunyai rizab tunai sebanyak RM12.4 bilion.

Sehingga 8 Okt 2024, permodalan pasaran LPI Capital adalah RM5.2 bilion manakala nilai pasaran Public Bank berjumlah RM88.7 bilion.

LPI Capital, iaitu 42.74 peratus milik Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (syarikat pelaburan persendirian oleh pengasas Public Bank mendiang Tan Sri Teh Hong Piow), memiliki sepenuhnya syarikat insurans am Lonpac Insurance Bhd.

Tay menekankan bahawa cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan Public Bank mewujudkan operasi yang kukuh dalam sektor insurans am Malaysia, menyediakan perkhidmatan pelengkap kepada perkhidmatan kewangan sedia ada dan tawaran takaful keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *