PruBSN Perkukuh Nilai Ta’awun, Tingkat Kesedaran Takaful

e85762f3fa313c08b6eda9344793bf1267dc22e61501b Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad merangkap Presiden PruBSN Prihatin Wan Saifulrizal Wan Ismail (tengah) beramah mesra bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Iftar PruBSN Bersama Media di sebuah hotel hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA e910c53b9f0770b437e5fa16b4918f7467dc22fa0e992 Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad merangkap Presiden PruBSN Prihatin Wan Saifulrizal Wan Ismail (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Iftar PruBSN Bersama Media di sebuah hotel hari ini. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA e20262beca2a48da5f83fc0d47129abc67dc23087149f Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad merangkap Presiden PruBSN Prihatin Wan Saifulrizal Wan Ismail ketika berucap pada Majlis Iftar PruBSN Bersama Media di sebuah hotel hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 20 Mac (Iteenews) — Prudential BSN Takaful Bhd(PruBSN) terus komited memperkukuh nilai kebersamaan dan saling membantu menerusi program Ta’awun Ramadan yang kembali untuk tahun kedua.

Bertemakan “Ukhuwah Berkawah”, program berkenaanmenampilkan pelbagai inisiatif kebajikan, kerohanian dan kelestarian yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata konsep Ta’awun atau pertolongan bersama adalah prinsip utama dalam operasi dan perniagaan takaful.

Beliau berkata konsep Ta’awun dalam takaful membawa maksud tanggungjawab semua peserta untuk saling membantu antara peserta dalam menghadapi risiko dan musibah.

"Ini melibatkan kerjasama antara peserta untuk menghadapi risiko dan musibah dengan setiap peserta menyumbang ke dalam dana bersama yang dipanggil dana Tabarru’ dengan niat untuk membantu peserta lain yang mengalami kesusahan,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama media di sini hari ini.

Wan Saifulrizal berkata masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan kewangan.

“Hanya kira-kira42 peratus rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans atau takaful manakala selebihnya tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan. Antara puncanya adalah kerana kurang pengetahuan mengenai takaful,” katanya.

Oleh demikian, Wan Saifulrizal berkata PruBSN sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan kewangan dalamkalangan rakyat Malaysia termasuk melalui program Ta’awun Ramadan.

"Bersempena bulan mulia ini, PruBSN telah mengambil pendekatan yang proaktif untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat di luar mengenai nilai sebenar di sebalik Takaful yang bukan hanya terletak pada manfaat perlindungan kehidupan semata-mata,” katanya.