REUTERS/Caroline Chia
Oleh Massita Ahmad
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Iteenews) — Calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (PRU2025) akan datang terus mencerminkan pelbagai pengalaman profesional, walaupun perniagaan, undang-undang, kewangan dan perkhidmatan awam kekal sebagai antara bidang paling lazim diwakili.
Kira-kira separuh daripada kesemua calon yang bertanding pada PRU2025 mempunyai latar belakang dalam satu daripada sektor utama itu, sejajar dengan trend pilihan raya sebelum ini.
Dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah, individu berpengalaman dalam bidang perniagaan, perkhidmatan awam atau undang-undang membentuk lebih separuh daripada senarai calon parti itu.
Lebih ketara, bilangan bekas penjawat awam yang bertanding dalam pilihan raya turut meningkat, dengan 16 calon diketengahkan tahun ini berbanding 10 pada pilihan raya sebelum ini.
Daripada jumlah itu, lima merupakan muka baharu.
<!––>
PAP juga menampilkan 15 calon yang kini atau pernah berkhidmat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) atau organisasi berkaitannya.
Parti Pekerja (WP), parti pembangkang terbesar terus menampilkan ramai calon yang mempunyai latar belakar undang-undang, dengan peratusan tertinggi dalam kalangan semua parti.
Red Dot United (RDU), yang meletakkan 15 calon -peningkatan tiga kali ganda daripada barisan calonnya pada 2020 -membentuk barisan pembangkang kedua terbesar selepas 26 calon WP.