Proton Pacu Mobiliti Lestari Melalui Pandu Uji Media Pertama e.Mas 7

98d467c947e7d9953806641212a2ba54679354af1dba8

Oleh Abdul Hamid A Rahman

MELAKA, 24 Jan (Iteenews) –Proton Holdings Bhd mengambil langkah penting ke hadapan dalam mobiliti lestari dengan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di Malaysia, "e.MAS 7"melalui pandu uji media pertamanya.

Acara eksklusif selama tiga hari yang bermula pada 23 Januari memberi peluang kepada wakil media Malaysia untuk meneroka ciri-ciri terkini e.MAS 7 sewaktu melakukanperjalananke bandar bersejarah Melaka.

Inisiatif ini menekankan komitmen Proton untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan lestari bagi pemandu moden.

Ketua kandungan ZakirinMedia, Muhammad Zakirin Md Tajuddinmemuji prestasi e.MAS 7dan membandingkannya dengan kenderaan antarabangsa yang pernah dipandunya sebelum ini.

“Kuasa yang diberikan adalah baikdan pecutannya sangat mengagumkan (kerana) anda boleh mencapai kelajuan sehingga 160 kilometer sejam dalam sekelip matayang luar biasa untuk sebuah kereta dalam julat harga sebegini,” katanya kepada Iteenews.

Zakirin berkatae.MAS 7 menonjol dalamkelompokEV yang berharga di bawah RM120,000 selainmenawarkan ciri-ciri yang jarang dilihat dalam segmen berkenaan.

"Dengan ciri-ciri yang setanding dengan EV kelas atasan, e.MAS 7 menunjukkan komitmen Proton terhadap kemampuan harga selainmenawarkan cadangan nilai yang sangat baik kepada rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, penulis junior AutobuzzWong Jun Yuanmenggambarkan pengalaman uji pandu keseluruhan sebagai cemerlang, sambil berkatapemanduan dan pengendalian e.MAS 7baikdengan pengalaman pemanduan yang kurang kakuberbanding EV lain di pasaran.