Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (kiri) ketika melawat Tapak Cadangan Waterfront Labuan di kawasan Jeti Pasar Lama, Pusat Bandar Labuan hari ini.
Projek pembinaan Waterfront Labuan di kawasan Jeti Pasar Lama, Pusat Bandar Labuan tersebut adalah satu projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 15 Mac(Iteenews) — Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilaiRM38 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.
Projek itu akandibangunkandi Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa melawat tapak projek tersebut hari ini dan diberi taklimat mengenai rancangan pembangunannya oleh pemangku pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan Labuan Ag Aizal Ag Anak.
Dr Zaliha berkataprojek itu dijangka merangsangpelaburan, merancakkanaktiviti ekonomidan mewujudkan klusterekonomi yang seterusnya dapat memperkukuh sektor pelancongan.
Menurut taklimat itu, cadangan pembangunan tersebuttermasuk ruang rekreasi, pengalaman gastronomi (makanan, budaya dan tradisi), tempat untuk perhimpunan sosial dan acara awam, bazar makanan, aktiviti sukan laut, persiaran, penambahbaikan pencahayaan estetik, perkhidmatan teksi air dan kemudahan tempat letak kereta.
Projek itu merupakan sebahagian daripada usahauntuk merealisasikan visi Chase City di bawah Rancangan Tempatan Labuan 2040 yangsejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 dan inisiatif menumpukan kepada pelancongan pintar, konsep bandar hijau dan selamat, rekreasi awam, dan kemampanan sosio-ekonomi.
Inisiatif itu yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) melibatkan pelbagai agensi kerajaantermasuk Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan (LC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budayadan Jabatan Kerja Raya (JKR)bersama-sama persatuan berkaitan pelancongan dan firma swasta.
Aspek utama projek itu adalahuntuk meningkattarikan hiburan malam di kawasan tersebut termasukpasar lambak Labuan/Pasar uptown, denai malam, denai melihat bintang, restoran malam tepi laut dan bistro.