Projek SOGIP RM8.88 Bilion Pemangkin Sabah Jadi Hab Tenaga Asia Tenggara

acc712645ab2a11095412a956850ea8767ab0a1f711a1

KOTA KINABALU, 11 Feb(Iteenews) — Sabahdijangka munculsebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas(O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Ketua MenteriDatuk Seri Hajiji Noor berkata projek itu akanmembukabanyak peluang bagi tujuan kerjasama, inovasi dan pembangunan dalam sektor O&G yang akan memberi manfaat kepada industri sertamasyarakat setempat.

“SOGIP yang memudahcara bekalan gas asli dan bahan api rendah karbon lain, dapat menjadi penghubung aspek peralihan daripada kebergantungan bahan api fosil kepada penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) lebih besar seperti tenaga solar dan angin dalam campuran tenaga Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Projek Hab Tenaga Minyak danGasdi Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini yang turut mengetengahkanpotensi projek dalammenjadikan Sabah sebagai pemain utama sektor tenaga serantau.

Pembangunan projek itu hasilkerjasama strategik antara Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC) yang menguruskan SOGIP dan Gibson Shipbrokers Limited dan akan dilaksanakan dalam dua fasa merangkumi pembinaan pelabuhan khusus bagi tujuan pengangkutan tenaga sertaaktiviti perdagangan.

Hajiji turut berkongsi keyakinan terhadap sokongan padu rakan kongsi sektor swasta dan kerajaan yang membantu SOGIP menarik pelaburan tambahan dalam infrastruktur tenaga, kemajuan teknologi dan pengembangan industri.

Selain itu, sambil menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan tempatan, beliau berkata penubuhan Majlis Kandungan Tempatan Sabah menerusi SMJ Energy pada Mei 2024, menjadiplatform kerjasama pihak berkepentingan industri untuk mengenal pasti peluang meningkatkan pembangunan kapasiti bakat tempatan dalam industri O&G.

Menurut Hajiji,platform itu membolehkan kerajaan negeri memberi mandat kepada semua pihak berkepentingan untuk melabur dalam latihan dan pembangunan rakyat Sabah melalui program jangka pendek dan sederhana yang bakal dilaksanakan pada 2025.

“Seiring usaha Malaysia untuk terusmengukuhkan kehadirannya dalam pasaran tenaga global, SOGIP akan memainkan peranan strategik bagi daya tahan ekonomi, kebebasan tenaga sertapertumbuhan perindustrian yang mampan," katanya.