Projek Mega Pacu Pertumbuhan Ekonomi, Pekerjaan — Pakar

06e6799add28fb3f2ed16355fe19b2c967110fe92c19e–fotoBERNAMA (2024)

Oleh Abdul Hamid A Rahman and Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Iteenews) –Kesinambungan projek infrastruktur utama di bawah kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjana kesan limpahan yang besar merentasi ekonomi selain memupuk penciptaan pekerjaan, pelaburan, dan meningkatkan kesalinghubungan, menurut pakar.

Projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo serta pengembangan semula Bandar Malaysia menandakan kestabilan termasuk keyakinan ekonomi, menarik pelaburan domestik dan asing.

Pembangunan seperti Bandar Malaysia dijangka merangsang penglibatan sektor swasta, khususnya dalam sektor hartanah, perkhidmatan kewangandan teknologi, manakala penubuhan hab infrastruktur, termasuk rangkaian pengangkutan utama seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT 3) serta ECRL, dijangka terus menggalakkan pelaburan swasta, khususnya dalam logistik, pembuatan dan pelancongan.

Penciptaan Pekerjaan Dan Peningkatan Ketersambungan

Bercakap kepada Iteenews baru-baru ini, Pensyarah Kanan Arshad Ayub Graduate Business School Universiti Teknologi MARA,Profesor Tan Peck Leong memberitahuprojek-projek mega itu, jika dilaksanakan dengan visi yang jelas, berpotensi mengubah landskap ekonomi Malaysia.

Salah satu daripada kesan limpahan projek mega yang paling nyata ialah penciptaan pekerjaan memandangkan projek-projek ini melibatkan infrastruktur, pengangkutan serta sektor digital yang akan mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung, justeru, memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *