–fotoBERNAMA
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Iteenews) — Langkah meneruskan projekKereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan memberi peluang kepada Malaysia untuk memanfaatkan potensi ekonomi negara sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukannya di Asia Tenggara, kata badan pemikir pengangkutan,My Mobility Vision.
Ketua Pegawai Strateginya, Rahman Hussin berkata badan pemikir itu menghargai usaha kerajaan untuk menangani keperluan infrastruktur yang mendesak tetapi ia perlu mengambil kira projek HSR sebagai satu keutamaan.
“HSR bukan hanya satu ujian terhadap aspirasi Malaysia tetapi asas kepada masa depan negara.
“Tanpanya, kita berisiko melihat negara lain mendahului sementara kita kekal tidak bergerak,” katanya kepada Iteenews.
Rahman turut menekankan manfaat ekonomi yang bakal diperoleh daripada projek HSR.
Katanyakos pembinaan HSR yang dianggarkan berjumlah RM70 bilion boleh menjana RM250 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan Singapura, selain mewujudkan lebih 111,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2060 dan menghasilkan impak ekonomi lebih luas sehingga RM19 trilion.
“Impak ini termasuk mewujudkan hab perniagaan baharu di sepanjang laluan rel serta lonjakan dalam perdagangan dan pelancongan.
“Kejayaan ini tidak dapat dicapai menerusi kutipan tambang sahaja tetapi ia menekankan mengenai kepentingan projek ini dalam pelan hala tuju ekonomi Malaysia,” katanya.