Program Penyumberan Maya MATRADE Di MIHAS 2024 Capai Jualan RM347 Juta

740e502c558de01ec679619dac5bc35b66eaac7434df9 9e15f6881eb29bbe74187f6c535b999d66eaacf078fe5 df9281e86c6300ceb265747ea2564bd266eaad6a4a991

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Iteenews) –Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.

MATRADE berkata sasaran keseluruhan untuk INSP ialah RM1.7 bilion dalam potensi jualan.

“INSP tahun ini telah menghubungkan pengeksport Malaysia dengan pembeli dari pelbagai pasaran global seperti China, Taiwan, Arab Saudi, Korea Selatan, Mexico, Hong Kong, Poland dan negara-negara lain.

“Melalui platform inovatif ini, pembeli antarabangsa mampu memperoleh pelbagai jenis produk yang disahkan halal seperti barangan pertanian, farmaseutikal, kosmetik dan minuman.

“Ini menggariskan kejayaan strategi MATRADE dalam memanfaatkan platform digital serta fizikal untuk meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa dan memartabatkan sektor halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

INSP, yang beroperasi secara maya dari 15 Feb hingga 30 Nov, 2024termasuk dengan acara fizikal pada 18 Sept 2024 (semasa acara MIHAS 2024), telah menunjukkan kejayaan dan keberkesanannya sebagai platform padanan perniagaan.

“Sebagai sebahagian daripada MIHAS 2024, program INSP menyasarkan untuk memudahkan lebih 3,000 mesyuarat perniagaan, mengumpulkan 330 pembeli dari 53 negara merangkumi 20 pembeli premium yang mewakili syarikat dengan gabungan hasil tahunan berjumlah RM332 bilion.

“Pembeli-pembeli ini, yang kebanyakannya telah menjalin hubungan jangka panjang dengan pembekal Malaysia, memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan eksport halal Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *