Pengamal media dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu pusat mengundi dibuka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong hari ini.
TAPAH, 26April (Iteenews) –Kesemua 19pusat mengundi dengan63saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada8 pagi ini.
Sebanyak 18pusat mengundi akan dibukahingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.
Proses pengundian hari inimelibatkan 31,281 pengundi yang akanmenunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Penjumlahan undi pulaakanberlangsung di Dewan Merdeka di sini dan keputusan rasmi dijangkadiperoleh sekitar 9 malam ini.
Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawabdi dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.
Iamenyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir,calon Perikatan NasionalAbd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.
Mohamad Yusri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesongmanakala Muhaimindi SK Ayer Kuning danBawani di Sekolah Jenis Kebangsaan CinaPheng Lok.
Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.