Prestasi Serantau, Pengukuhan Ringgit Jejas Pasaran Getah

2145a8c5e14316b0dfa5c012fff02a4d666d4df0b7473–Arkib fotoBERNAMA

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept(Iteenews)– Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada masa sama, sentimen turut dijejaskan oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak mentah, jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pengesahan China untuk merangsang pemulihan ekonominya,” katanya kepada Iteenews.

Dalam pada itu, pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin ini bersempena cuti umum Hari Malaysia sertaMaulidur Rasul dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun3.0 sen kepada812.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik2.0 sen kepada675.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada815sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 677sen sekilogram.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *