Datuk Ewon Benedick
PUTRAJAYA, 4 Sept (Iteenews) — Datuk Seri Suriani Ahmad telahmemberikan sumbangan besardalam membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara ketika menyandang jawatanKetua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)Datuk Ewon Benedick berkata sumbangan itu dilihat berdasarkan prestasi PMKS dan koperasi yang melonjak lebih baik selain pelaksanaan program serta projek pembangunan yang mengatasi purata nasional.
"Beliau juga memudah carapelaksanaan fokus tambahan yangdilaksanakan di Sabah dan Sarawak seperti projek Tamu Desa, pembukaan cawanganInstitut Keusahawanan Negara (INSKEN) danpengwujudan BEEP Plus untuk BumiputeraSabah dan Sarawak.
"Selain itu, beliau turut memudah carasesi libat urus khas belanjawan Borneo serta pelbagai inisiatif KUSKOP," katanya dalam kenyataan sebagai penghargaan kepada Suriani yang dilantik sebagai KSU Kementerian Kesihatanberkuat kuasa esok.
Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang sebelum inimemegang jawatan KSU Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal menggantikan Suriani.
Ketua Setiausaha Negara Datuk SeriShamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikanbaharu bagi 12 jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
— BERNAMA