Prestasi Kewangan Kukuh LTAT Cerminkan Pengurusan Yang Efektif – Ahli Ekonomi

cf0f781dbbbcd759ac1804860cf859a467e655c677b80

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Iteenews) — Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memaparkan prestasi kewangan yang kukuh menerusipembayaran dividen tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sekali gus mencerminkan keupayaanpengurusannya yang berkesan, kata ahli ekonomi.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyifatkan kejayaan ini adalah hasil sokongan daripada lembaga pengarah LTATserta persekitaranekonomi domestik yang bertambah baik tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata prestasi positif LTAT berkait rapat dengan pertumbuhan pasaran ekuiti domestik tahun lepas, dengan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 12 peratus untuk FBM KLCI.

“Selagi pasaran domestik terus mencatat prestasi positif, LTAT akan sentiasa berupaya mengekalkan prestasi kewangannya. Dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar antara 4.5 hingga 5.5 peratus, prospek LTAT untuk tahun ini kekal optimis,” katanya kepada Iteenews.

Ahmed Razman berkata pulangan sebanyak 5.25 peratus disifatkan sebagai kompetitif dan lebih baik berbandingmanfaat yang ditawarkan olehsimpanan tetap.

Pada Khamis, LTAT mengumumkan pembayaran keseluruhan sebanyak 5.25 peratus untuk 2024, yang terdiri daripada dividen lima peratus dan bonus 0.25 peratus, yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, dengan jumlah agihan sebanyak RM514.2 juta, meningkat berbanding RM485.08 juta pada 2023.

Dasar kerajaan perkukuh kewangan LTAT