Premier Sarawak Bakal Sampai Ucaptama Di Persidangan Petroleum Asia Pasifik Di Singapura

6fe7da3790a5df4f5ac8aa7e5a81eb1566c33d229c3acTan Sri Abang Johari Tun Openg

SINGAPURA, 7 Sept (Iteenews) — Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyampaikan ucaptama semasaPersidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 pada 9 Sept di Raffles City Convention Centre, di sini.

Persidangan anjuranS&P Global Commodity Insights itu antara lain akan membincangkan masa depan landskap tenaga global.

S&P Global Commodity Insights ialah bahagianS&P Global, penyedia terulungdunia bagi penarafan kredit, penanda aras, analitikdan penyelesaian aliran kerja dalam pasaran modal, komoditi, dan automotif global.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Abang Johari yang tiba di sini pada Sabtu untuk lawatan kerja rasmi sehingga 10 Sept, turut dijadual menerima kunjungan hormat daripada ISEAS-Yusof Ishak Institute pada Isnin.

Abang Johari juga akan mengadakan mesyuarat bersama S&P Global sertamengadakan lawatan kerja ke kampus Airbus di Seletar bersama rombongan kerajaan negeri.

Beliau dijadual berlepas pulang pada Selasa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *