Potensi Pemula Niaga Yang Dikenal Pasti Beri Sumbangan Besar Kepada Ekonomi – Gobind

799dafbf971776e6f10fe62b4e01305c66bf597888093 Menteri Digital Gobind Singh Deo pada sidang media selepas merasmikan PACE Bootcamp di Kuala Lumpur. 23aebbdc1c6a8aed8be50068e59d357166bf5a5aa8f60 Menteri Digital Gobind Singh Deo (tengah) menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama WORQ, Stephanie Ping (kanan), dan Prinsipal Artem Ventures, Tunku Omar Asraf, selepas Pelancaran Media Pace Bootcamp di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Iteenews) — Menteri Digital Gobind Singh Deo menekankan kepentingan untuk mengenal pasti potensi industri syarikat pemula niaga memandangkan ia boleh memberikan sumbangan besar kepada ekonomi.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk memastikan penghasilan ekosistem yang sesuai di sekitar industri bagi menyokong pertumbuhan.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengubah cara kita berfikir mengenai syarikat pemula niaga. Terdapat keperluan untuk kita memastikan lebih banyak kerjasama supaya boleh memahami keperluan industri.

“Kita juga dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh syarikat pemula niaga dan mendorong mereka untuk kembali dalam kedudukan baik. Kerajaan boleh membantu dengan cara menghimpunkan semua pihak yang diperlukan untuk membolehkan mereka berkembang dan akhirnya berjaya,” katanya selepas merasmikan PACE Bootcamp di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Gobind berkata Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai antara 30 teratas bagi ekosistem yang sedang membangun dalam Laporan Ekosistem Syarikat Pemula Niaga Global 2024, menjana nilai ekosistem melebihi RM220 bilion dalam tempoh tiga tahun lepas.

Menurutnya kedudukan kukuh itu menyerlahkan kejayaan negara untuk memupuk persekitaran yang aktif bagisyarikat teknologi, syarikat pemula niaga dan pelabur.

“Persekitaran yang kita harungi pastinya mencabar. Kita menyaksikan kemajuan teknologi yang pesat, mengubah tingkah laku pengguna dan persaingan global yang sengit.

“Bagaimanapun, dalam mengharungi cabaran ini, terdapat peluang besar, dan syarikat pemula niaga dan PKS negara dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkannya,” kata beliau.

Gobind berkata Malaysia mempunyai elemen untuk menjadi hab pembangunan kecerdasan buatan (AI) berikutan ia terus menarik gergasi teknologi global seperti Google untuk mewujudkan pusat data.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *