Kredit: Pos Malaysia Bhd
Kredit: Pos Malaysia Bhd
Kredit: Pos Malaysia Bhd
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 16 Mac(Iteenews) –Pos Malaysia Bhd bekerjasama dengan pelbagai jenama terkenal tempatan bagikempen Hari Raya tahun ini, Serba-Serbi Aidilfitri, untuk meningkatkan keterlihatandan kesedaran jenama semasa musim perayaan.
Antara jenama yang menyertai kempen itu ialahSugarBomb, Nursafia, Nurraysa, Hijabistahub, Kak Zaidah Ibrahim danSerelum Exclusive.
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Charles Brewer berkata kerjasama itu mencerminkan sokongan padu syarikat tersebutterhadap perniagaan tempatan selainmengukuhkan komitmennya sebagai syarikat tempatanyang komited untuk mempromosikan dan menaikkan jenama Malaysia yang lain.
“Dengan menggunakan 65 skrin digital luar rumah (DOOH) yang diletakkan secara strategik dipasaran utama seluruh negara, kami menyasarkan untuk memaksimumkan keterlihatan (jenama),” katanya kepada Iteenews.
Beliau berkataPos Malaysia turut menjalin kerjasama dengan pemain e-dagangyang membolehkan syarikat tersebutmengoptimumkan rangkaian logistiknya semasa musim puncak.
“Pemain e-dagang memberikan kami unjuranlebih awal, membolehkan kami memperuntukkan sumber dengan lebih cekap, mengurus kapasiti dan menyelaraskan operasi.
“Menerusipenyepaduan antara muka pengaturcaraan aplikasi langsung (API) dan perjanjian peringkat perkhidmatan (SLA) khusus, kami memastikan pesanan dipenuhi dan proses penghantaran akhir yang lebih lancar bagi meminimumkan kelewatan dan meningkatkan pengalaman pelanggan semasa Hari Raya ini,” katanya.