Polis Selangor Sahkan Terima Laporan Tiga Warga Asing Ditembak

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM, 25 Jan (Iteenews) — Polis Selangor mengesahkan menerima satu laporan berhubung tiga lelaki disyaki warga asing mengalami kecederaan dipercayai kesan tembakan pada anggota badan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan terbabit dibuat seorang pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan ketika sedang bertugas yang memaklumkan menerima kesemua mangsa pada 7.30 pagi.

“Kesemua pesakit dalam keadaan sedar dan mengalami kesan kecederaan kesan tembakan di anggota badan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati ia merupakanrentetan kes sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dilanggarempat kali oleh sebuah botdipercayai milik suspek (mereka yang cedera) ketika menjalankan tugas rondaan perairan di Tanjung Rhu pada3 pagi hari yang sama.

Hussein berkata semasa kejadian, dua suspek dipercayai warga asing yang berada di dalam bot itu cuba menyerang pihak APMM menggunakan parang.

"Bagi mempertahankan diri dan keselamatan, anggota APMM telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot terbabit. Bot itukemudian berjaya dilarikan ekoran keadaan yang gelap. Lebih kurang 9 pagi, pihak APMM menerima maklumat orang awam, terdapat sebuah bot terdampar di pesisir Pantai Banting, Kuala Langat,” katanya.

Hussein berkata APMM telah pergi ke lokasi lalu menjumpai dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan mendapati, seorangtelah meninggal dunia manakala seoranglagi masih hidup serta dalam keadaan kritikal laludihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.

Mengulas lanjut, Hussein berkatakes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan keranamenghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas.

Beliau berkata kes turut disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 bagi kesalahan melepaskan tembakan.