Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap ketika sidanng media ringkas pada Program \’High Profile Policing\’di Bazar Ramadan Tanjung Lumpur di sini
KUANTAN, 20 Mac (Iteenews) — Polis menafikankebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih, Pekan seluas 113 hektar sejak 7 Mac lepas berpunca daripada aktiviti haram seperti perbuatan penagih dadah yang menjadikan kawasan hutan berhampiran sebagai tempat melepaskan gian atau ‘port’ dadah.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati kebakaran di tanah milik persendiran dan kerajaan itu berpunca daripada pembakaran terbuka.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan polis, tidak ada sarang dadah di kawasan berkenaan, dan ia merupakan kawasan terbuka.
“.. dan tak mungkin penagih akan membakar tempat mereka sendiri… maklumat tepat kita belum dapat, masih dalam siasatan,” katanyakepadamedia selepas Program ‘High Profile Policing’ danmeninjau bazar Ramadan di Tanjung Lumpur di sini, petang semalam.
Sementara itu Yahayamenasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanyadi kawasan tanah gambut yangapinya mudah merebak dan sukar untuk dipadamkan sepanjangmusim panas dan kering ketika ini.
Sebelum iniada pihak mendakwa kebakaran itu bermula di satu kawasan hutan yang sering menjadi tempat berkumpul individu dipercayai penagih dadah.
— BERNAMA