PNB Kekal Optimis Terhadap Ekonomi Malaysia, Prestasi FBM KLCI Tahun Depan

e67feb05438744e99831e1f615bc14da676a5439eb345

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Iteenews) — Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimismengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara laindidorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) telah mendapat sambutan yang baik dan seterusnya meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelabur.

Katanya negara juga kini mencatatkan gelombang ketiga kitaran peningkatan pelaburan, yang banyak disumbangkan oleh aliran masuk FDI.

“Gabungan daripada dasar ekonomi yang mendapat sambutan baik, aliran masuk FDI yang kukuh diterajui oleh sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pusat data selain pelaburan langsung domestik yang teguh, menunjukkan aktiviti di lapangan.

“Trend positif ini mencerminkan hubungan rapat antara ekonomi dan pasaran saham. Saya percaya momentum yang kita ada pada 2024 akan berterusan pada 2025,”katanya pada taklimat bersama editor di Menara 118 di sini.

Pada masa ini, Abdul Rahman berkata sebanyak 77 peratus daripada asetnya dilaburkan dalampasaran domestikmanakala 23 peratus dalam pasaran global.

“Daripada 77 peratus, 60 peratus daripadanya adalah dalam pasaran ekuiti awam domestik. Kami banyak melabur dalamFTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI),” katanya.

Ditanya mengenai kebimbangan yang boleh menggugat unjuran tahun depan, beliau berkata: “Antara risiko yang berpotensi ialah walaupun ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang baik, ini belum diterjemahkan kepada pendapatan atau prestasi yang lebih baik untuk syarikat Malaysia.”

Mengenai potensi aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) selepas perjanjian Sime Darby Bhd-UMW Holdings Bhd dankemungkinan inisiatif sama dalam sektor minyak dan gas melibatkanSapura Energy Bhd dan Velesto Energy Bhd,Abdul Rahman menegaskan bahawakeutamaanPNB ialah memastikan Sapura Energy menyelesaikan penstrukturan semula hutangnya.