PMKS Terus Alami Keuntungan Terhad – SAMENTA

c0c23a68e61f4d73f272147434f2d128664f6067bb141Presiden SAMENTA Datuk William Ng

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Iteenews) — Kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini terus menghadapi keuntungan terhaddisebabkan oleh peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) Datuk William Ng berkata hal ini berikutan penemuan daripada pelbagai tinjauan dan penglibatannya dengan PMKS sejak awal tahun ini.

“Kami bimbang kerajaan mungkin beranggapanPMKSsemestinya menunjukan prestasi yang baik berikutan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)dan pengukuhan ringgit. Hakikatnya, banyak PMKS terkesan teruk oleh peningkatan kos perniagaanmenyebabkankeuntungan terhad dan keberuntungan yang rendah.

“Bertentangan dengan kepercayaan itu, banyak PMKS terjejas teruk oleh kos tambahan untuk menjalankan perniagaan dan sedang mempertimbangkan peningkatan harga jualan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, cabaran keuntungan terhaddiburukkan lagi dengan peningkatan kos pematuhan yang disebabkan antaranya oleh mandat e-invois yang akan datang selainpematuhan kepada piawaianpelaporan alam sekitar, sosial sertatadbir urus(ESG).

“Pada masa yang sama, pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan menaikkan cukai taksiran dan caj perkhidmatan mereka kepada perniagaan antara 15 hingga 250 peratus. Banyak PMKS semakin terdesak, tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Ng berharap kerajaan mengambil berat berhubungisu ini dan akan mempertimbangkan untuk mengelak daripada memperkenalkan sebarang cukai baharu atau tambahan dalam Belanjawan2025 yang boleh memberi kesan kepada daya saing PMKS.

“Sebaliknya, tumpuan harus diberikan untuk membantu PMKS kita untuk menambah baik operasi, mengurus kos merekadan memanfaatkan pelbagai peluang daripada peralihan tenaga, perubahan iklim, populasi yang menua, kecerdasan buatan sertaperubahan susunan ekonomi global,” katanya.

Dalam kenyataan itu, persatuan itu juga mengulangi komitmennya untuk menyokong Ekonomi MADANI dan berharap kebimbanganPKS ini dapatditangani dalam Belanjawan 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *