PMKS Malaysia Harus Diperkasakan Dengan AI, Teknologi Digital – Gobind

d028d630c3f11ff93df3025474dbaf8a671caad15e4adDigital Minister Gobind Singh Deo delivers a keynote speech \”Harnessing Data as a Catalyst for the Digital Economy during the Youth Economic Forum 2024 at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), today.–fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Iteenews) — Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu diperkasakan agar dapat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, menurut Kementerian Digital.

Langkah ini boleh mendorong mereka untuk beralih ke arah model perniagaan baharu yang dapatmengoptimumkan operasi dan meningkatkan potensi ekonomi, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kerajaan telah memulakan beberapa program untuk menyokong penggunaan teknologi digital, memandangkan sektor PMKSmewakili hampir 97 peratus perniagaan di Malaysia.

"Pertama, kami boleh memberi insentif kepada syarikat untuk mendigitalkan, menggalakkan mereka agar mempertimbangkan untuk mengautomasikan operasi mereka bagi meningkatkan produktiviti.

"Penglibatan dan kesedaran juga penting. Orang ramai perlu memahami bahawa kaedah tradisional mungkin tidak menghasilkan faedah yang sama seperti pendekatan moden. Syarikat yang menerima pakai teknologi baharu akan mendapati mereka berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak," katanya sebagai respons kepada peserta di Forum Ekonomi Belia 2024 di sinihari ini.

Gobind berkata, kementeriannya mengekalkan hubungan rapat dengan badan industri dan persatuan PMKS.

“Penting bagi PMKS untuk menyedari bahawa penyesuaian bukanlah pilihan jika mereka mahu mengelak daripada ketinggalan.

"Apabila ada kesedaran, kami boleh memberi tumpuan untuk menyediakan sokongan untuk membantu mereka membina semula dan mentakrifkan semula perniagaan mereka selaras dengan kemajuan teknologi," katanya.

Bagaimanapun, Gobind turut menekankan kepentingan membangunkan tenaga kerja dalam bidang berkenaan.