Kredit : Fb Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 7 April (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden SyriaAhmed al-Sharaa atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.
Menerusi catatan di Facebooknya hari ini, Anwar berkataMalaysia komited untuk meningkatkan hubungan dua halakhususnya dalam bidang ekonomi, dan bersedia menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.
“Presiden al-Sharaa juga telah menjemput saya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya.
Pada 29 Mac lepas,Syria secara rasmi mengumumkan barisan Kabinet baharu dengan Presiden Ahmed al-Sharaa menegaskan komitmen kerajaan untuk membangunkan semula institusi negara berlandaskan kebertanggungjawapan dan ketelusan, lapor Anadolu Ajansi.
Sebelum inikerajaan sementara yang diketuai Perdana Menteri Mohammed al-Bashir telah dilantik untuk tempoh tiga bulan selepas rejim Bashar al-Assad digulingkan oleh pasukan anti-rejim yang dipimpin oleh al-Sharaa pada Disember lepas.
Al-Sharaa kemudiannya diumumkan sebagai Presiden bagi tempoh peralihan pada akhir Januari.
Assadyang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik pada 8 Dis, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang telah berkuasa sejak 1963.
— BERNAMA