PM Anwar Percaya Isu Petronas, Petros Sudah Selesai

2f6b2f9da430ca9edf269fd6f6cd120f67866bd66f0ceDatuk Seri Anwar Ibrahim

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihangas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier SarawakTan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkatatidak ada kemusykilan dalamperkara-perkaradasar yang perlu dicurigakan kerana Akta KemajuanPetroleum (PDA) 1974terpakai untukseluruh negara dan perkara itu diterima kerajaan negeri Sarawakdan Petros.

“Tetapi kita (Kerajaan Persekutuan)terima juga kenyataan Petrosdiwujudkan untuk beri peluang kepadaSarawakmeneroka program cari gali dan pengagihan gas di Sarawak,” kata beliau kepada kalangan wartawan Malaysia pada sidang media di akhir lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini,pada Selasa.

Beliautiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke UAE, antara lain bagimenghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) di sini serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-duanya.

Ia merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023, dan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Dalam pada itu, Anwar jugaberkata Ordinan Pengagihan Gas 2016 Sarawak tidak akan menggantikan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Persekutuan lain, justeru, kedudukan Petronas kekal tidak terjejas.

Beliau berkatasejak kebelakangan ini, wujud suara-suara yang menyatakan kebimbangan mengenai hubungan Petronasdan Petros, serta ada beberapa siri perbincangan melibatkanPeguam Negara yang turut melibatkanPetros dan Petronas.

Anwar berkata padaJanuari2025, beliau telah bertemu PremierSarawak dan mereka telah menyelesaikan isu pengagihan gas di Sarawak.