PM Anwar Pelawa Pelabur Korea Selatan Teroka Pelbagai Peluang Di Malaysia

3a1be9989fd5a0892be977c06b57233567446f56c87bc b9a2c59ff66843d64a51f011cd8256ba67446f617d290 d77bd9452daac0703d69a5378e4165aa67446f7252c6e ab4f3fd449df1a56663b4f31505c274a67446f185e1f2 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan perjumpaan dengan tujuh kapten industri Korea Selatan dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan di sini, hari ini.Antara syarikat yang terlibat Poongsan Carporation, SIMMTECH Co. Ltd, Lotte Enargy Materials, Kumho Petrochemical, Paris Croissant (SPC Group), Star Group Ind. Co. Ltd (SGI) dan CORE Tech . Co. Ltd.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 0b7007dc7615058ea850ccc26a04806d67446f3e19f26 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan perjumpaan dengan tujuh kapten industri Korea Selatan dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan di sini, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penglibatan pelabur dari Korea Selatan untuk meneroka pelbagai peluang di Malaysia selainmenjalin kerjasama dalam usaha melonjakkan serta mencapai kesejahteraan bersama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkatabeliau telah bertemu dengan beberapa ketua pengarah eksekutif pada sesi "C-Suite Insight Session" selain berucap padaForum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan 2024 selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Yoon Suk Yeol di sini,hari ini.

"Pertemuanini memberi penekanan pada aspek hubungan erat antara Malaysia dan Korea Selatan, selain melonjak komitmen kami terhadapinovasi dan pertumbuhan yang mampan," kata Anwar dalam hantaran di akaun media sosial X beliau hari ini.

Anwar dan delegasi tiba di sini semalam bersempena lawatan rasmi tiga hari sehingga 26 November bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan Korea Selatan.

Kedua-dua negara itu juga bakal menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik pada tahun depan.

Menyentuhucapan beliau pada forum tersebut, Anwar berkata ini membabitkan usaha mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijaudan kecerdasan buatan (AI).

“Dalam ruang yang sama, saya telah berkongsi kebijakan Malaysia di bawah kerangka Ekonomi MADANI yang didukung oleh inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, dan Pelan Strategik Semikonduktor," kata beliau.

Perdana Menteri juga menyifatkanPlatform C-Suite sebagai memberi ruang untuk Malaysia berbincang secara terus dengan barisan penggiatsyarikat terkemuka Korea Selatan seperti Samsung, SIMMTECH, Poongsan Corporation, Lotte Energy Materials dan Kumho Petrochemical.

Anwar berkata syarikat-syarikat berkenaan juga telah berkongsi rancangan mereka untuk Malaysia, termasuk pelaburan dalam sektor semikonduktor, tenaga boleh baharu, pemprosesan nadir bumidan industri halal.