PM Anwar Lancar Ladang Solar Tenaga Boleh Baharu TNB Di UK

cafcf2ca0153729b589c4a63c2c1841d6789698b13094 70547cb6b62fe89ab9ef91e1ec01ce8a678969d7c6b95 d47a0353fb4c305873b3326dd15a5369678969f7a248a

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan(Iteenews) –Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu perkembangan pesat Malaysia dalam pasaran tenaga boleh baharu(RE) global dengan pelancaran ladang solar berkapasiti102 megawatt (MW) Eastfield danBunkers Hill di United Kingdom (UK).

Ladang solar itu dilancarkan oleh Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Perbadanan utiliti nasional itu mempunyaiportfolio kasar RE (terutamanya daripada aset penjanaan tenaga solar dan angin) berjumlah 1.3 gigawatt (GW) dalam operasi dan pembangunan di seluruh UK dan Ireland, serta 3.2 GW di Semenanjung Malaysia (termasuk 2.5 GW hidro besar).

BunkersHill diRotherwick (66.7 megawatt puncak(MWp)danEastfield diHarbury (35 MWp) itu merupakan ladang solar canggih dan inovatif. Kedua-dua ladang solar itu dengan gabungan kapasiti 102 MW menonjolkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.

Kedua-dua ladang solar dengan gabungan kapasiti 102 MWitu disasarmencapai Tarikh Operasi Komersial (COD)pada awal tahun ini.

Projektersebut yang disokong oleh skim Kontrak-bagi-Perbezaan (CfD) 15 tahun yangdiperoleh pada Julai 2022 ituakan memastikan kestabilan hasil melalui penetapan harga tetap untuk penjanaan RE sambil melindungi pelabur daripada turun naik pasaran.

Pada masa iniTNB memiliki, membangun, dan mengendalikan aset RE di seluruh UK dan Ireland, termasuk projek solar darat, tenaga angin luar pesisir dan bateri.

Dua projek pembangunan solar tapak baharu yang baru siap itu, sebaik sahaja mencapai COD, akan meningkatkan jumlah kapasiti penjanaan TNB di UK kepada 908 MW.