PM Anwar Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Meskipun Tarif AS

e4be5db3a2b6bb6780e116be7125b26f67f26a5b592c8fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 April(Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipunpelaksanaantarif oleh Amerika Syarikat (AS)memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.

Anwar juga menegaskan Malaysia tidak akan memperkenalkan tarif tindak balas terhadap AS.

"Jika tarif 24 peratus itu dilaksanakan, dari perspektif ekonomi, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 sebanyak 4.5 – 5.5 peratus perlu disemak semula.

"Bagaimanapun, buat masa ini, saya beri jaminanbahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia," katanya menerusi hantaranvideo yang menyentuh mengenaitarif AS.

Anwar, yang juga Menteri Kewanganberkata asas makroekonomi negara masih kekal kukuh.

Beliau berkata asas makroekonomi Malaysia yang positif disokongoleh perbelanjaan isi rumah yang teguh, pelaburan kukuh domestik, pendapatan pelancongan yang baikdan pelaksanaan pelan induk negara yang berterusan.

“Asas ekonomi kitayang kukuh ini akan membolehkan kita mengharungi cabaran ini di kedudukan yang teguh dan dalam keadaan bersiap sedia,” kata Perdana Menteri bagi meredakan kebimbangan terhadap tarifdikenakan Presiden Donald Trump ke atas 168 negara yang telah menghuru-harakanpasaran selain memulakan perang perdagangan global selepas China bertindak balas.

Malaysia adalah antara negara yang terkesan olehtarifAS itu yang manamulai 5 April, setiap produk Malaysia yang dieksportke AS akan berdepan sekurang-kurangnya 10 peratus duti dan mulai 9 April, kebanyakan produk akan dikenakankadar 24 peratus, dengan beberapa pengecualian.

Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia menganggap keputusan unilateral mengenai tarif timbal balik itu sebagai ancaman utama terhadapsistem perdagangan dan pelaburan global, kata Anwar.