Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.Antara pertemuan itu adalah dengan Standard Chartered yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin selepas mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (empat, kiri), Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat, kanan), dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kanan). –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan(Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemukadengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliauke United Kingdom (UK).
Salah satu mesyuarat tersebut adalah dengan Standard Chartered Bank (SCB) yang diketuaiKetua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.
Menurut para pegawai Malaysia, SCB sedang meneroka kemungkinan untukkerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi memudahkan kemasukan perniagaan global ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Selain itu, Anwar turutbertemu dengan para pegawai daripadaJaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr yang mempunyai projek sedang dibangunkandi Taman TeknologiSedenak di Johor.
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri PendidikanTinggiDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk Seri Johari Abdul Ghani.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat meja bulat dengan para pemimpin industri di UK yang disertai 53 pemain industri terkemuka daripada 30 syarikat dan organisasi.
Antaranya termasuklahAirbus UK, GKN Aerospace, BritishMalaysian Chamber of Commerce, Shell danBAE System.
— BERNAMA