SHAH ALAM, 19 Okt (Iteenews) — PerbadananKemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk membangunkan lebih 6,600 ekar tanah perindustrian menjelang 2030, sekali gus mewujudkan Koridor Pertumbuhan Baharu Selangor.
Inisiatif itu termasuk kawasan penting di negeri itu seperti Pelabuhan Klang,Bandar Sultan Sulaiman, Kota Puteri, Pulau Carey, Bernam Jaya, Shah Alamdan Lembah Siber Selangor.
Bagi mencapai sasaran berkenaan, PKNS menerusipenyertaannya dalam Konvensyen Lestari Klang 2024,Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi matlamat pembangunan mampan (SDG)pada 9-12 Oktober lepas, mempamerkan projek pembangunan Taman Perindustrian Hijau (GRIP) dan Kuarters PekerjaBerpusat (CLQ) kepada pihak berkepentingan, pemaju dan kumpulan komuniti tempatan.
“Penglibatan ini turut memberi PKNS peluangmempamerkan inisiatif hijau dan projek pembangunan mampan yang seiringan dengan objektif jangka panjang Selangor," katanya dalam kenyataan.
Dua komponen utama GRIP ialah Taman Perindustrian Terurus (MIP) dan Hartanah Hijau (GreenRE) dengan fasa pertama melibatkan pembangunan 13 lot perindustrian eksklusif di Rawang, Selangor.
PKNS juga menegaskan bahawa GRIP bukan sekadar pembangunan, sebaliknyamerangkumi visi negeri bagi ekonomi lebih mampan, berdaya tahan dan makmur.
“Projek pembangunan GRIP adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi PKNS terhadap kemampanan dan pemantauan alam sekitar," katanya.
Menyentuh CLQ, PKNS berkata ia bertujuan menangani kekurangan kemudahan penginapan bersih dan teratur untuk pekerja asing selain menyuntik nilai tambah terhadap taman-taman perindustrian.
“Di kawasan Klang misalnya, PKNS mencatat kemajuan dalam tiga projek perindustrian penting dengan pembangunan dua CLQ untuk menampung keperluan GRIP Pelabuhan Klang dan kawasan sekitar Bandar Sultan Sulaiman.