PKNPk, Gamuda Bekerjasama Tangani Isu Kekurangan Air Kritikal Di Perak Utara

f749e86d97831ac05948f829999dd22567a326010d776Dari kiri: Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perundangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) Sharifah Hanifah Syed Aziz, Timbalan Ketua Eksekutif Perhubungan Korporat PNKPk Nurdita Fadzlinda Ahmad Rasidi, Ketua Eksekutif PKNPk Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Pengarah Eksekutif Gamuda Berhad Datuk Azmi Mat Nor, Pengarah Eksekutif Gamuda Engineering Faris Mohd Yusof, dan Pengarah Promosi Pelaburan PNKPk Ch’ng Soo Bee.Foto kredit : Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Iteenews) –Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.

Dalam satu kenyataan bersama, PKNPk dan Gamuda berkata dalam memeterai perjanjian pengaturan eksklusif ini, PKNPk bertindak dalam mandatnya sebagai agensi utama negeri yang diamanahkan menerajui pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sosioekonomi negeri Perak, dan kedua-dua pihak akan meneruskan usaha sama secara rasmi kemudiannya.

Mereka berkata perjanjian ini berhasrat untuk memudahkan pemindahan air mentah dari Sungai Perak ke Bukit Merah dan membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk pengagihan air terawat, memastikan kelestarian air jangka panjang untuk kawasan itu.

Pengarah Eksekutif Gamuda EngineeringFaris Mohd Yusof berkataGamuda berbesar hati menyertai perjanjian ini untuk bersama-sama menyampaikan mandat negeri dalam penyelesaian infrastruktur air lestari diPerak Utara, memastikan sumber air bersih jangka panjang dan boleh dipercayai untuk negeri itu.

“Kami membawa pengalaman luas dalam infrastruktur berkaitan air kepada perkongsian ini, setelah berjaya melaksanakan projek serupa seperti antara lain, Skim Bekalan Air Fasa 3 Sungai Selangor dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir(SMART).

"Kepakaran kami dalam membina loji rawatan air, retikulasi yang berkaitan, dan terowong air adalah nilai utama yang kami tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada inisiatif ini," katanya.

Faris berkata Gamuda secara konsisten mengutamakan bakat tempatan dan pembangunan rantaian bekalanyang terbukti dalam pasukan pembinaannya dan penggunaan inovasi digital dalaman.

“Ini termasuk Autonomous Tunnel Boring Machine (TBM), BIM-Augmented Reality (BIMAR) yang memenangi anugerah dan teknologi-teknologi pembinaan digital yang lain.

“Menyokong pembangunan tenaga kerja dan komuniti tempatan akan kekal menjadi tumpuan kami, terutamanya di negeri asal kami di Perak,” katanya.