PIFF 2025 Anjuran Pernas Raih Transaksi Jualan RM21.3 Juta

ca56d88c91d604bff8531064f3c8c83067b45dffbb695Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Iteenews) — Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) merekodkantransaksi jualan berjumlah RM21.3 juta pada acaraPERNAS International Franchise Festival (PIFF) 2025 yang berlangsung dari7 hingga 9 Februari lepas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian itu melangkaui sasaran yang ditetapkan iaitu RM12 juta.

“PIFF 2025 mencatat nilai jualan yang membanggakan melebihi sasaran RM9.3 juta untuk keseluruhan tempoh tiga hari penganjurannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pernas merupakan agensi yang berada di bawah KementerianPembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ewonberkata penganjuran acara itu bukan sahaja mempromosikan ekosistem keusahawanan francais terutamadalam sektor kopi dan kafe, tetapi juga membantu pertumbuhan ekonomi negara.

PIFF 2025 menyaksikan penyertaan 83 jenama dari 10 negara termasuk Malaysia, China, Taiwan, Korea, Indonesia, Vietnam, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan Thailand danberjaya menarik lebih 16,000 pengunjung.

Festival yang bertemakan “Brew Your Success, Empowering Entrepreneurs” itu memberi tumpuan kepada industri kopi, tehdan kafeserta menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran produk, forum antarabangsa danpertandingan "Latte Art".

PIFF 2025 turut menyaksikan pelancaran Dasar Francais Negara 2030serta pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) PERNAS bersama SME Corp, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan TERAJU.

— BERNAMA