Piala Tun Ali 2024 Jadi Medan Pilih Empat Lagi Pemain – PSM

Presiden Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Iteenews) — Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2024 bulan hadapan menjadi medan buat Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain bagi diserap ke dalam skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata 14 pemain telah dimuktamadkan setakat ini dengan pencarian bakinya diteruskan menerusi penilaian dan pemantauan pada kejohanan berkenaan yang akan berlangsung dari 2 hingga 8 Dis ini di Melaka.

"Saya senaraikan cuma 14 pemain sebelum ini yang patut dikekalkan berdasarkan prestasi dan tahap terkini mereka …selebihnya kita tunggu prestasi pada Piala Tun Ali yang menjadi platform terakhir nilai pemain.

"Pihak jawatankuasa juga telah bersetuju dengan perkara itu dan kitasedang lihat (kuota) untuk isi pemain muda. Kita sudah mempunyai senarai nama, tetapi masih mahu melihat prestasi mereka," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini semalam.

Beliau juga telah memohon pertimbangan pihak MSN untuk menambah kuota daripada 18 sedia ada kepada 21 hingga 24 pemain untukdiserap ke dalam skuad lelaki kebangsaan sebagai persiapan mengharungi tiga kejohanan besar, iaituPiala Asia di Kuala Lumpur sertaPiala Raja Thai dan Sukan SEA Thailand tahun hadapan.

"Rata-rata pemain akan kita pilih ini berpotensi, namun untuk memilih 18 atau 21 pemain terbaikjuga perlu lihat akan kesesuaian posisi mereka untuk bermain dalam acara mana. Kejohanan besar tahun hadapan semuanya menampilkan acara double, kuadran dan berpasukan.

<!––>

"Ketua jurulatih Ahmad Jais (Baharun) dan barisan kejurulatihan juga memikirkan tentang pemain yang sesuai, sekiranya berpasukan pemain itu jugaboleh bermain dalam acara kuadran dan double. Tak boleh semua main acara regu, regu hanya satu," katanya.

Mohd Sumali berkata penambahan kuota pemain turut menerima reaksi positif daripada pihak MSN, namun sedang diperhalus.

"Secara dasarnya ia akan dibawa ke perbincangan peringkat mereka (MSN). Mungkin mereka setuju (tambah kuota), tetapi kena lihat kepada peruntukan. Jika ada tambahan kuota, kita akan isikanpemain muda," katanya.