PIALA ASEAN: MALAYSIA BERDEPAN AKSI \’HIDUP MATI\’ MENENTANG SINGAPURA UNTUK MARA KE SEPARUH AKHIR

FB ASEAN Mitsubishi Electric Cup FB ASEAN FOOTBALL

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Iteenews) — Skuad bola sepak kebangsaan berdepan aksi \’hidup mati\’ menetang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini. 

Ia selepas aksi Kumpulan A malam ini menyaksikan Thailand berjaya bangkit menumpaskan Singapura 4-2 sekali gus meletakkan pasukan \”War Elephat\” itu di kedudukan teratas carta dengan keseluruhan sembilan mata manakala Singapura kekal enam mata di tangga kedua. 

Kemboja mengisi kedudukan ketiga dengan menyamai mata Malaysia di tangga keempat manakala-Timor Leste di tangga tercorot tanpa jaringan. 

Sekiranya kemenangan berpihak Malaysia pada aksi terakhir menentang Singapura kelak, ia sekali gus memberi tiga mata penuh buat skuad kendalian Pau Marti Vicente dengan keseluruhan tujuh mata sebagai naib juara peringkat Kumpulan A. 

Di atas kertas, Thailand di kedudukan ke-97 dunia yang bakal menerima kunjungan Kemboja di Stadium Nasional Rajamangala bagi aksi terakhir kumpulan, dijangka tidak berdepan masalah untuk menumpaskan pasukan pelawat. 

Jika Thailand menewaskan Kemboja, mereka bakal menjuarai Kumpulan A keseluruhan 12 mata sekali gus melangkah ke separuh akhir dengan selesa. 

<!––>

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura malam ini, menyaksikan pasukan tuan rumah menunjukkan taring dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi rembatan kecang Muhammad Shawal Anuar selepas menerima hantaran Mohamad Izwan Mahbud. 

Skuad Singapura di bawah kendalian Tsutomu Ogura kemudian menggandakan kedudukan menerusi Faris Ramli selepas menerima hantaran Hami Syahin pada minit ke-34 sekali gus meletakkan Singapura di hadapan Thailand 2-0.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila pasukan pelawat bangkit untuk merapatkan jurang selepas Patrik Gustavsson menyudah jaringan pertama pasukan Thailand.