Petronas Terima Penghantaran Pertama LNG Dari Kanada Julai Ini

31ad232769f65dac99e3314c5eda59b8677e0fd569671

KUALA LUMPUR, 25 Feb(Iteenews) –Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pengantaranpertama gas asli cecair (LNG) daripada usaha sama mereka, LNG Canada dijangka tiba Julai ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas dan Maritim Petronas Datuk Adif Zulkifliberkata penghantaran itu bagaimanapun mengalami kelewatan berbandingsasaran asal iaitu pada penghujung 2024.

Kelewatan itudisebabkan terutamanya oleh keadaan cuaca yang burukdi Kanada, katanya.

"Suhu pada relatifnya sangat teruk berikutan musim sejuk di sana yang sangat buruk. Loji tersebut perlu dilindungi, dan proses ini memerlukan banyak tenaga kerja," katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 di sini hari ini.

LNG Canada, yang dimiliki 25 peratus oleh Petronas, sepatutnya menghantar kargo LNG pertamanya sebelum akhir 2024.

Adif berkata isu tenaga kerja turut menjadi masalah kepada operasi tetapi syarikat minyak negara itu dalam proses mengatasinya denganmembawa masuk tenaga kerja yang mencukupi sejak Januari.

Sementara itu, mengulas tarif Amerika Syarikat yang berpotensi memberi kesan kepada operasiPetronas di Kanada,Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanTengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Azizberkata syarikat minyak nasional itu akan berpegang teguh kepada pendirianMalaysia.

"Kitaadalah sebuah negara perdagangan terbuka. Kitaberdagang secara adil dan saksama sertamematuhi undang-undang tertakluk kepada mana-mana bidang kuasa.

"Dalam pasaran LNG, kami akan mengikutmekanisme penetapan harga yang telah kukuh,"katanya, sambil menambah bahawa LNG Canada disasarkan untukpasaran Timur Jauh.