Petronas, Petros Akan Perinci Butiran Berkaitan Peranan Agregator Gas

a98b8be2f8d8a706f879ee112900fe69658c3bbbe6310

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Iteenews) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas)sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiranperanan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.

“Pertimbangan yang paling utama akan diberikan untuk memastikan kepastian dalam iklim pelaburan,” katanya ketika mengulaspertanyaan Iteenews berhubung sebuah laporanberita yang menyatakan sebaliknya berhubung kemajuankerjasama antara Petronas dan Petros.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak untuk memperincikan skop kerjasama antara Petros dan Petronas.

Beliau berkata perbincangan itu bertujuan untuk meneroka kerjasama yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat melibatkan mana-mana projek baharu dalam apa jua bidang.

Pada Februari, Anwar berkata Petronas akan memenuhisemua obligasiberkontrak domestik dan antarabangsa manakala Petros akan bertindak sebagai agregator gas Sarawak berdasarkan peraturan negeri mengenai pengagihan gas yang berkuatkuasa pada 1 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan ReformasiInstitusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan peranan Petros sebagai agregatorgas negeri, namun,ia tidak termasuk gas asli cecair.

— BERNAMA