Petronas Kekal Sebagai Rakan Strategik Sarawak – Presiden/CEO Kumpulan

aaf51427d940eed8d1e3d16c4bdacba066d9aa3896f2ePETRONAS President and Group CEO Tan Sri Tengku Muhammad Taufik speaks at the Petronas Financial Results Announcement at the Petronas Twin Towers today.PETRONAS reported RM171.7 billion in revenue for the first half of 2024, up from RM169.0 billion last year, mainly due to foreign exchange impacts, though offset by lower LNG prices.Despite the revenue increase, Profit After Tax (PAT) decreased by 19% to RM32.4 billion, due to subsidiary deconsolidation and higher taxes.\”

KUALA LUMPUR, 5 Sept(Iteenews) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal menjadirakan strategik Sarawak dengan peruntukanpelaburan yang besarnya kepadapembangunan negeri itu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Beliau berkata syarikat minyak dan gas negara itu akan sentiasa bertindak mengikut kepentingan negara dan tidak boleh terlibat dalam rundingan tanpa mempertimbangkan implikasi yang lebih luas kepada negara.

"Kami mahu Sarawak berkembang. Kami mahu membantu Sarawak merealisasikan cita-citanya.

"Namun, dalam situasi semasa, saya fikir kedua-dua pihak perlu untuk memahami kekangan yang dihadapi masing-masing," katanyaselepas mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, di sini, hari ini.

Tengku Muhammad Taufikberkata perbincangan mengenai pengagihangas di Sarawak masih diteruskan antara Kerajaan Persekutuan dengankerajaan negeri.

"Kami mahu terus menjadi rakan (strategik) Sarawak dan saya tahu ada di antara anda yang telah mempersoalkan ke mana hala tuju rundingan tersebut.

"Kami mahu membina kerjasama yang saling menguntungkan. Kami mahu saling membantu berkembang berdasarkan pemahaman terhadap kekuatan masing-masing, tetapi yang paling penting, kekangan yang dihadapi," kata Tengku Muhammad Taufik.

Beliau menegaskanPetronas mempunyai peranan bukan sahaja sebagai syarikat tetapi juga berkhidmat untuk negara.

Berhubung sama ada isu pengagihan gas akan mempengaruhi pembayaran dividen kepada kerajaan, Tengku Muhammad Taufik berkatasebarang perubahan dalam pengaturan yang mengakibatkan pemindahan nilai di peringkat atasan pasti akanmempengaruhi keupayaan kewangan syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *