Petronas Jelas Status Perbincangan DGO Dengan Petros

a76af5613a1dc21033a3fcf8d32d55ce64e48bdf0b9ec

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Iteenews) — PETRONASingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada, kata syarikat minyak dan gas negara melalui satu kenyataan hari ini.

Perbincangan itu juga bertujuan bagi memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dipenuhi.

— BERNAMA