Petronas Buat Semakan Produktiviti Untuk Melestari Operasi, Hapus Ketidakcekapan

a76af5613a1dc21033a3fcf8d32d55ce64e48bdf0b9ec

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Dis(Iteenews) — Petroliam Nasional Bhd (Petronas)sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan sertamemberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.

Syarikat minyak nasional itu berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmennya untuk melaksanakan strategi peralihan tenaga sambil memberikan penambahbaikan berterusan dengan menjadi lebih fokus kepada operasi, tangkassecara komersialdan menjimatkan kos.

"Seiringdengan pelaksanaan mandatnya seperti yang termaktub dalam PDA 1974, Petronas kekal komited untuk terus mencipta nilai bagi para pemegang sahamnya.

“Bagi mencapai matlamat ini, ia perlu memastikandapat terus bersaing dan berkembang dalam landskap sektor tenaga yang sentiasa berubah, baik di peringkat domestik mahupun global," katanya kepada Iteenews.

Petronas berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Iteenews berhubung laporan berita mengenai kumpulan tersebut yang dijangka mengalami kehilanganperolehan sekitar 30 peratus sebaik sahaja formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan.

Laporan berita itu menyebutfirma minyak dan gas negarayang berdiri sebagai satu-satunya syarikat Malaysia yang berjaya masuk ke dalam senarai Global Fortune 500, mungkin terpaksa membuat beberapa keputusan sukar berhubung tenaga kerjanya kerana perjanjian pengedaran gas, butirannya masih belum didedahkan kepadaumum.

— BERNAMA