Pesawat A350 Malaysia Airlines Beroperasi Seperti Biasa, Enjin Berbeza Dari Pesawat Cathay Pacific – Loke

bd9256ae6a6bd986ee3da894e7a4297b66a78af2707c3Anthony Loke Siew Fook

SEPANG, 3 Sept(Iteenews) — PesawatAirbus A350Malaysia Airlinesakan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantungkeseluruhan operasi48 pesawat Airbus A350 miliknya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata syarikat penerbangan nasional Malaysia itu tidak akan mengikuti langkah yang diambil oleh Cathay Pacific.

“Buat masa ini, tidak. Saya berhubungdengan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Penerbangan Malaysia pagi ini. Syarikat itu menghubungiAirbus dan ia telah menyemak (isu ini) dengan Airbus. Varian enjin yang digunakan di sini adalah berbeza daripada yang digunakan oleh A350Cathay Pacific.

“Jika ada keperluan, tindakan lanjut boleh diambil. Tetapi setakat ini, ia boleh beroperasi seperti biasa,” katanya kepada media selepas melancarkan Capsule Transit MAX di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Media melaporkan bahawa syarikat penerbangan Hong Kong itu juga telah membatalkan 24 penerbangan pergi balik selepas mengesan masalah enjin pada satu daripada pesawat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Cathay Pacificberkata berlakukegagalan komponen enjinmelibatkan penerbangan CX383 dari Hong Kong ke Zurich pada Isnin (2 Sep). Pesawat itu kembali ke Hong Kong beberapa minit selepas berlepas.

Sementara itu, Pengarah kejuruteraan Cathay Pacific Keith Brown dalam satu kenyataan berkatasebagai langkah berjaga-jaga pihaknya secara proaktif memulakan pemeriksaan menyeluruhke atas 48 pesawat A350 mereka.

“Setiap pesawat sedang menjalani pemeriksaan rapi. Selepas siap, pesawat yang dibenarkan beroperasi akan kembali beroperasi manakala pesawatyang dikenal pasti mempunyai masalah teknikal akan menjalani kerja pembaikan dan penyelenggaraan selanjutnya,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *